PENYERTAAN PEGAWAI-PEGAWAI BTHMUI DI RISE SUMMIT DUBAI

11-17 Oktober 2026 memberikan nilai tambah dari segi pengetahuan, pendedahan antarabangsa dan peluang membina jaringan profesional. Ia turut membuka ruang untuk meningkatkan kesedaran pihak luar terhadap peranan serta potensi BTHMUI sebagai institusi yang mengurus dan membangunkan Harta Majlis melalui pendekatan yang profesional dan berorientasikan hasil. RISE Summit 2026, bertemakan “Recharging Momentum in Global Economies”, menghimpunkan […]

FORUM DAN PERSIDANGAN PELABURAN DAN KEWANGAN ISLAM | IFN ASIA 2026

Yang Mulia Pengarah BTHMUI Mohammad Hamita bin Haji Md Taib, berkesempatan menghadiri Forum dan Persidangan Pelaburan dan Kewangan Islam IFN Asia, yang menghimpunkan pakar, pelabur dan pemimpin industri tempatan serta antarabangsa bagi perkongsian pengetahuan, pandangan dan pengalaman dalam landskap kewangan dan pelaburan Islam. Forum ini mengetengahkan perkembangan teknologi berlandaskan Syariah, perbankan Islam, pasaran modal dan […]

MAJLIS CERAMAH SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W. 1448H

  10 September 2026, Bandar Seri Begawan – Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) telah mengadakan Majlis Ceramah Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada hari Khamis, 10 September 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam. Majlis yang bermula pada jam 1.30 petang itu diisikan dengan ceramah bertajuk “Contohi […]

BTHMUI TEROKA POTENSI KERJASAMA STRATEGIK BAGI MEMPERKUKUH KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Ogos 2026 – Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Syarikat Mohd. Norfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-Anak yang terletak di Lot G, Simpang 31, Jalan Lampaki, Kampung Mulaut, sebagai sebahagian daripada usaha meninjau potensi kerjasama strategik dan peluang pembangunan dalam sektor agromakanan, khususnya […]

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK DAERAH BRUNEI MUARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-80 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 Safar 1448H bersamaan 29 Julai 2026M – Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) telah menyertai Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei Muara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan […]

Lawatan Kerja BTHMUI ke Hua Ho Agricultural Farm

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) telah mengadakan lawatan kerja ke Hua Ho Agricultural Farm bagi meninjau teknologi, inovasi dan amalan terbaik dalam sektor penternakan dan pertanian moden sebagai usaha memperkukuh pengetahuan serta meneroka peluang kerjasama strategik ke arah menyokong agenda sekuriti makanan Negara Brunei Darussalam. Rombongan lawatan […]

Ahli-Ahli Mesyuarat Negara Mengadakan Sesi Dialog Bersama Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Julai Ahli-Ahli Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan Sesi Dialog bersama Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) bagi mendapatkan penerangan mengenai peranan, fungsi, pencapaian serta hala tuju strategik badan tersebut dalam mengurus, membangunkan dan mengembangmajukan harta-harta Majlis Ugama Islam Hadir mengalu-alukan rombongan ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang […]